26 Apr 2024 - 17 Syawal 1445 | Prayer Times | 5:39 | 6:58 | 13:04 | 16:22 | 19:08 | 20:18 | Nisab $8154

Informasi Mengenai Solat Hari Raya Eidul Fitri – 1 Syawal 1438H

Solat Eidul Fitri di Masjid Darul Makmur akan bermula pada jam 8 pagi. Bagi mereka yang ingin menunaikan Solat Eid di Masjid Darul Makmur, sila ambil perhatian tentang perkara-perkara berikut:

  1. Kawasan Solat untuk Muslimah ialah dikolong Blok 299 Yishun (Blok bersebelahan Masjid). Tempat wuduk disediakan dikawasan Blok 299.
  1. Kami akan menutup pintu pagar masjid di Aras 1 pada jam 7.30 pagi. Jemaah yang tiba selepas waktu tersebut diminta untuk ke ruang solat yang disediakan dikawasan service road Yishun St 20.
  1. Kawasan dalam Masjid Darul Makmur kebiasaannya sudah penuh dengan Jemaah pada jam 7.30 pagi, oleh itu, sila datang awal jika anda ingin memasuki dewan solat utama Masjid.
  1. Mohon agar para pemandu untuk meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta terdekat. Dilarang untuk menempatkan kenderaan anda di perhentian bas di sepanjang jalan Yishun Avenue 2.

Kami juga mengajurkan 2 Solat Eidul Fitri di kawasan kejiranan Yishun seperti berikut:

  1. Kolong Blok 325 Yishun Central – Bermula jam 8 pagi
  2. Kolong Blok 610 Yishun St 61 – Bermula jam 8.15 pagi

Para jemaah yang akan ke kawasan kejiranan Yishun untuk menunaikan solat Hari Raya, dinasihati untuk membawa sejadah dan berwuduk dari rumah.

Kami memohon agar dapat dikongsi informasi ini bersama jiran-jiran dikawasan Yishun agar memudahkan perancangan mereka untuk menunaikan solat Hari Raya nanti.

Terima kasih.

Solat Hari Raya Aidilfitri 1438H_Masjid Darul Makmur