7 Mar 2026 - 17 Ramadan 1447 | Prayer Times | 5:56 | 7:13 | 13:17 | 16:26 | 19:20 | 20:28 | Nisab $17989

Di celah-celah kesibukan sebagai ibu, isteri, anak dan pekerja, al-Quran tetap menjadi tempat kembali yang paling setia. Program ini hadir untuk menemani perjalanan itu, agar setiap huruf dibaca dengan yakin, setiap hukum dibetulkan, dan setiap ayat dilafazkan dengan sebaiknya mungkin.

Objektif

  • Melatih bacaan al-Quran pada juzuk ‘Amma yang betul (makhārij & sifat huruf).
  • Memahami dan mengaplikasi hukum tajwid asas.
  • Meningkatkan kefahaman (Tajwid) dalam bacaan melalui latihan tilawah berterusan.

Sasaran: Terbuka untuk muslimah dewasa yang sudah boleh membaca al-Quran.

🕒 Masa & Hari
Setiap Isnin, 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

📅 Tempoh Program
Bermula 19 Januari sehingga 30 November 2025
(40 sesi sepanjang tahun — ada minggu tertentu tiada kelas)

📘 Fokus Pengajian
Tilawah & Tajwid: Bacaan Juzuk ‘Amma

📍 Tempat: Bilik Darjah Aras 1, Masjid Darul Makmur

💰 Yuran: $20 sebulan*
*Tempat adalah terhad.

Daftar melalui: https://campaigns.darulmakmur.sg/events/detail/MTM2

#Tilawah&Tajwid #KelasAlQuran #MasjidDarulMakmur #TogetherMakmur